Bantahan dan tempelak Akta_Perhimpunan_Aman_2012

  1. Pada 24 November 2011, sebuah NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen. Turut serta ialah pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pemimpin Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).[12]
  2. Semua ahli Parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat bertindak keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak setuju dengan RUU Perhimpunan Aman itu.Ia dianggap undang-undang 'draconian' yang zalim seperti negara Myanmar dan Zimbabwe sedangkan Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat berhimpun.[13]
  3. Akta itu akan dicabar di mahkamah.ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan dan peguam, Edmund Bon dari 'Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights' akan membawanya ke mahkamah.[14]
  4. Ia lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.Denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.
  5. Presiden Lim Chee Wee dari Majlis Peguam Malaysia menganjurkan 'perarakan peguam' atau Walk for Freedom 2 di hadapan bangunan Parlimen pada 29 November 2011, ketika rang undang-undang itu dibahaskan . Memorandum yang diiring lebih 1000 peguam, diserahkan kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. Mereka berarak dari Taman Tasik Perdana. Secara sinis katanya, negara ini juga terbentuk daripada perarakan besar yang diketuai oleh Datuk Onn Jaafar pada Februari 1946.[15]
  6. Lim Chee Wee menyatakan bahawa amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan .[16]
  7. Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menilai undanh-undang baru ini bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun.[17]

Berkaitan